PopIN : Budaya Pop bertemu Sosio Politik


Sektor bisnes inovatif kini banyak menawarkan peluang-peluang mengembangkan perniagaan melalui pelbagai laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter dengan kos yang amat rendah. Persaingan yang wujud adalah berdasarkan atas nilai sebenar yang ditawarkan kepada sesebuah komuniti.

Memperlihatkan perkembangan terbaru ini, Yayasan .myFuture bersama-sama dengan Popfolio (pencipta PopTeeVee) telah menjadi rakan kongsi pintar bagi menngambil peluang membina satu rangkaian berita bagi golongan belia Malaysia, tanpa menggunakan banyak tenaga serta kos membina sebuah laman web atau laman carian berita.

PopIN (www.pop.in.my) akan menggunakan laman rangkaian sosial untuk membina satu rangkaian berita yang mempunyai pelbagai subjek. Para pengguna akan berkongsi pendapat dan idea menerusi paparan di laman-laman seperti Facebook dan Twitter. Matlamatnya ialah bagi menyebarkan pengisian berinformasi dan menambah nilai pada perbualan menerusi Internet.

Konsep PopIN ini sebenarnya mudah. Kita akan cuba mendapatkan penyertaan belia menggunakan budaya pop untuk menyebarkan subjek sosio-politik menerusi Internet. Bagi menjalankannya, PopIN telah menyediakan projek-projek yang mempunyai objektif masing-masing. Dinamik, seperti juga golongan belia, projek-projek ini akan diubah mengikut selera dan keperluan mereka. Apabila tiba masanya, projek-projek ini boleh dijalankan di luar sebagai susulan. Antara aktiviti-aktiviti luar yang dirancang termasuklah Program Pengundi dan Forum Demokrasi.


Antara projek-projek yang sedang dijalankan oleh PopIN terkini ialah:

Pop Muda Blogger Jemputan

Seorang ikon belia Malaysia yang kreatif, kritikal dan inovatif akan dipilih sebagai blogger jemputan mingguan. PopIN telah pun memaparkan pembuat filem Liew Seng Tat, Shahnon Shah, Michele Gunaselan, Fahmi Reza dan akan datang, Zahiril Adzim, penyanyi Yuna, Nicol David, Hannah Yeoh dan ramai lagi. Blogger jemputan ini akan menulis setiap hari di PopIN selama 5 hari termasuklah paparan klip video, foto, nota, artikel dan sebagainya mengenai sesuatu subjek yang mereka suka.

Pop Muda Twitterviews

Susulan daripada paparan-paparan blogger jemputan, mereka akan ditemuramah menggunakan platform Twitter di mana setiap transkrip akan dapat di baca oleh pengikut-pengikut PopIN secara langsung.

MP 3

Ini merupakan projek menarik PopIN. Ia memaparkan Ahli-ahli Parlimen serta ahli-ahli politik terpilih daripada Kerajaan dan Pembangkang. Setiap daripada mereka akan diperdengarkan 3 buah lagu dan diminta memberi satu ulasan, pendapat dan bagaimana lagu-lagu itu mempunyai hubung kait dengan kehidupan dan pekerjaan mereka. PopIN telahpun memaparkan Nurul Izzah dan ia terbukti popular di kalangan pengikut. Yang terbaru menampilkan, Dr. Dzulkefly Ahmad yang katanya suka dengan lagu Michael Learns to Rock.

Selain daripada projek-projek spesifik tersebut, PopIN juga memaparkan pengisian yang telah dibahagikan kepada beberapa kategori termasuklah,
- berita terkini, pendapat dan analisis mengenai isu-isu sosio-politik semasa Malaysia
- OLD but GOLD - pautan, artikel dan bahan-bahan yang dari tahun-tahun terdahulu tetapi masih lagi relevan pada masa ini.
- Playlist PopIN - memaparkan kumpulan musik dan penyanyi serta penulis lagu
- Sejarah untuk Esok - hampir serupa dengan rancangan televisyen Hari ini Dalam Sejarah, tetapi diubahsuai sedikit bagi membuktikan bahawa sejarah akan berulang dan berguna di masa hadapan.

Sejak bermula pada awal Ogos, PopIN telah menarik minat lebih daripada 3000 pengikut, di mana kebanyakan mereka berumur antara 18 hingga 24 tahun. Mereka merupakan generasi pengundi-pengundi muda di negara kita yang berupaya menentukan perubahan dan hala tuju Malaysia kelak. Ini juga menunjukkan bahawa generasi belia kini tidak lagi bersifat tidak ambil tahu tetapi inginkan informasi dan berita sosio-politik yang independen melalui Internet. Ia merupakan satu petanda betapa matangnya golongan belia di Malaysia kini.

PopIN boleh diakses menerusi www.popin.my. Di sana, anda boleh pilih laman rangkaian sosial daripada Facebook, Twitter, MySpace atau Friendster. Ianya adalah PERCUMA dan segala informasi dan berita terkini akan dihantar kepada kepada anda setiap minit, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Jumpa anda di sana!

  1. myfuturefoundation posted this